CAREER PATH COMPETENCY MATRIX (CPCM)

Latarbelakang
Zarinah

Pn. Zarinah Bt Awang
Penolong Pengarah Kanan

 

Aliza

Pn. Aliza Md Atan
Penolong Pengarah

Program CPCM telah mula diperkenalkan pada tahun 2006 dengan beberapa modul rintis. Ia melalui beberapa pengubahsuaian dalam tahun 2007. Sejajar dengan pelaksanaan skim perkhidmatan yang baharu pada tahun 2008, tatacara pengendalian kursus di bawah program CPCM telah dikaji semula dan diatur supaya ianya mempunyai keseragaman, kesetaraan dan dikendalikan sebaik mungkin agar keberkesanannya boleh diukur untuk pemberian merit dalam penilaian kenaikan pangkat.

Pihak pelaksana (BLK selaku "program owner" dan Unit LPL di institusi selaku "project owner") telah menetapkan prosedur yang seragam dan sistematik untuk diamalkan secara menyeluruh di semua institusi.

Isi kandungan kursus juga telah dikaji semula dan dimantapkan agar ia lebih sesuai dan menepati keperluan kemahiran dan tanggungjawab pegawai pada setiap gred jawatan yang berkenaan. Keterangan lanjut tentang Program CPCM juga terdapat di dalam buku "Agenda Pembangunan Modal Insan JPPKK", Bab Program Pembangunan Modal Insan. Pelaksanaan skim baharu juga mengambil kira kehadiran ke kursus CPCM sebagai salah satu syarat penilaian dalam permohonan kenaikan pangkat.