|
Salah satu dapatan kajian yang dibentangkan dalam Laporan Eksekutif Kajian Pengesanan Graduat Politeknik 2007 adalah yang berhubungkait dengan penilaian pelajar terhadap pengajian di politeknik dan impaknya kepada pembangunan profesionalisme. Kajian mendapati hampir semua responden, iaitu 96.7 peratus menyatakan keyakinan mereka terhadap sistem pengajian di politeknik.
Di dalam kajian tersebut juga, persepsi responden terhadap kualiti pensyarah Politeknik juga dinilai dan dilihat dari sembilan (9) dimensi pedagogi. Salah satu dimensi ialah, keupayaan mempertaut pengajaran atau penyeliaan dengan amalan terkini dalam industri. Kajian menunjukkan bahawa keupayaan pensyarah menerapkan amalan terkini di industri ke dalam pengajaran dan pembelajaran masih di tahap rendah.
Program Sangkutan Industri Pensyarah (SIP) ini telah dikenalpasti sebagai program yang relevan untuk memperkasa kerjaya pensyarah di Politeknik dan Kolej Komuniti. Program ini bukan sahaja memberi penekanan kepada ilmu teori tetapi juga perlu seiring dengan perkembangan teknologi di sektor industri disamping memberi pendedahan kepada budaya kerja dalam pelbagai sektor di industri.
Secara tidak langsung program ini telah memenuhi kehendak objektif JPPKK iaitu :
“to provide sufficient and competent staff”
“to produce quality graduates through dynamic and relevant educational and training programs in line with the needs of the industries and technology development”
|