SELAMAT DATANG   
Menu Utama
Utama
Mengenai Kami
Organisasi
Takwim Kursus
Takwim Operasi
Berita Terkini
Galeri Aktiviti
FAQs
 
Login Pengguna eSiS

 
Senarai Program
   
   
   
   
   
     

Pn. Rahaidah Bt Abdul Rahim
Penolong Pengarah





PROGRAM SANGKUTAN INDUSTRI PENSYARAH (SIP)

Latarbelakang

Laporan 'Polytechnic Development Project - Employer Study' oleh IDP Education Australia dan National Center for Vocational Education Research (NCVER)  tahun 1999, telah menyatakan tentang kekurangan pengalaman industri di kalangan pensyarah-pensyarah politeknik yang mana telah memberi kesan terhadap kualiti graduat politeknik. Laporan tersebut telah mencadangkan supaya pensyarah-pensyarah politeknik diberi peluang untuk mengikuti program sangkutan (attachment) di industri-industri yang bersesuaian dengan keperluan kursus di politeknik.

Justeru itu, program latihan dalam perkhidmatan yang merangkumi penempatan pensyarah di industri yang bersesuaian telah diperkenalkan. Mesyuarat Pengurusan Kementerian Pendidikan Malaysia   (Bilangan 22 Tahun 1999) pada 14 Julai 1999 telah memberi kelulusan untuk melaksanakan program sangkutan ke industri setiap tahun bagi pensyarah-pensyarah politeknik.

Selepas tahun 1999, pelbagai kaedah dan penambahbaikan telah diperkenalkan dalam memperbaiki pelaksanaan program tersebut. Antaranya, mulai tahun 2006, program ini ditawarkan dalam dua sesi pengambilan setahun, iaitu pada bulan April dan Julai. Ini adalah bertujuan untuk memberi fleksibiliti kepada pensyarah untuk membuat perancangan serta memilih masa yang paling sesuai untuk menjalani latihan. Disamping itu juga dapat mengatasi isu pensyarah yang tidak mendapat pelepasan Ketua Jabatan atas alasan kekurangan pensyarah.

Mulai tahun 2007, program latihan sangkutan ke industri ini telah diperluaskan kepada pensyarah-pensyarah di Kolej Komuniti.

 
 
           
Maklumat Terkini

Mutiara Kata

"Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah"- Jose Joaquin Olmedo
 
"Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang."- William J. Siegel

 
Pautan
Penafian:
Bahagian Latihan Dan Pembangunan Kerjaya (BLPK) tidak bertanggungjawab  terhadap sebarang kehilangan atau  kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman web ini.  

Bahagian Latihan Dan Pembangunan Kerjaya
Jabatan Pengajian Politeknik
Tingkat 10, Heritage Office Tower, Jalan SB Dagang, 43300 Seri Kembangan, Selangor
Tel: 03-89394245 : Faks: 03-89394247