Selaras dengan Misi Nasional
Misi Nasional mengenalpasti lima teras utama untuk membangunkan dan memakmurkan negara. Program SHLP diadakan untuk menyahut teras kedua Misi Nasional iaitu :
Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama.
Untuk mencapai teras kedua Misi Nasional, modal insan yang dibangunkan perlu mempunyai keupayaan pengetahuan, inovasi, kemahiran dan ciri-ciri peribadi yang unggul.
Menyahut Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara
Bersesuaian dengan matlamat pembangunan modal insan yang dihasratkan, Kementerian Pengajian Tinggi telah menggubal Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara pada tahun 2007.
Berdasarkan teras ke-4 Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara, kualiti tenaga akademik di politeknik dan kolej komuniti akan dipertingkatkan dengan menggalakkan pensyarah melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dan PhD melalui program SHLP. Program ini juga merupakan satu langkah untuk memperkasakan kepimpinan JPPKK dan meningkatkan tahap professionalisme jabatan.
Untuk meningkatkan daya saing, JPPKK perlu memperteguhkan teras ke-3 iaitu penyelidikan dan inovasi. Teras ini boleh dicapai dengan menambah bilangan kritikal penyelidik di peringkat Sarjana dan PhD. Aktiviti penyelidikan yang dijalankan di politeknik dan kolej komuniti akan dapat membantu pensyarah melakukan inovasi dalam pengajaran, menerapkan nilai-nilai keusahawanan dan reka cipta di kalangan pelajar dan melengkapkan pelajar dengan kemahiran analitikal dalam menyelesaikan masalah.
Selaras dengan Pelan Strategik dan Agenda Pembangunan Modal Insan JPPKK
Pelan Strategik Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti mensasarkan agar 30% pensyarah politeknik dan kolej komuniti mempunyai kelayakan Sarjana atau PhD menjelang tahun 2015.
Tujuannya adalah untuk membangunkan tenaga kerja profesional yang bakatnya berkembang dan tercanai serta berkebolehan mencapai peningkatan kerjaya yang berterusan. Keutamaan diberikan kepada program pascasiswazah berasaskan penyelidikan sebagai persediaan kepada pensyarah untuk melaksanakan pengajaran-pembelajaran berpandukan penyelidikan (research-led-education)
|