|
Skim Hadiah Latihan Persekutuan (SHLP) merupakan penajaan biasiswa bagi menyambung pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) di dalam dan luar negara. Ianya dibuka khusus untuk pegawai Pengurusan dan Profesional di bawah skim PPPT.
Program ini terbahagi kepada dua kategori iaitu :
Di bawah program ini, pegawai-pegawai mendapat biasiswa dan bergaji penuh. Had umur untuk penajaan peringkat Sarjana dan PhD adalah 40 tahun.
- SHLP Separuh Masa (Separa Biasiswa)
Untuk program separuh masa ini, pegawai-pegawai ditaja yuran pengajian, elaun buku dan elaun tesis sahaja. Had umur adalah 50 tahun untuk peringkat Sarjana dan 46 tahun untuk peringkat PhD.
|