SELAMAT DATANG   
Menu Utama
Utama
Mengenai Kami
Organisasi
Takwim Kursus
Takwim Operasi
Berita Terkini
Galeri Aktiviti
FAQs
 
Login Pengguna eSiS

 
Senarai Program
   
   
   
   
   
     

En. Setiawan Bin Hardono
Penolong Pengarah





PROGRAM PENINGKATAN KEMAHIRAN (PPK)

Latarbelakang

Program Peningkatan Kemahiran (PPK) dahulunya dikenali sebagai Crash Programme mula dilaksanakan pada tahun 1991 dengan dibiayai oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui peruntukan pembangunan. Ianya telah dikawal selia oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) yang dahulunya dikenali sebagai Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK). Tujuan program ini ialah untuk melatih tenaga pengajar Institusi Latihan Awam supaya lebih kompeten, lebih berpengetahuan dan lebih berkemahiran dalam sesuatu bidang kemahiran tertentu dan berupaya mempertingkatkan kreativiti dan produktiviti dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Sejajar dengan keperluan industri dan perubahan teknologi yang dinamik diperingkat global maka satu mekanisme secara terancang telah disediakan oleh Bahagian Latihan Dan Kerjaya (BLK), JPPKK.  Program ini telah diperluaskan dan pelbagai jenis kursus telah ditawarkan agar dapat memberi peluang lebih ramai tenaga pengajar politeknik dan kolej komuniti mendapat latihan bagi meningkatkan kemahiran bidang tertentu. Peruntukan ini dibiayai oleh BLK, JPPKK melalui peruntukan pembangunan Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9). 

Peningkatan kemahiran tenaga pengajar telah memberi kesan kepada peningkatan mutu kurikulum latihan dan pelaksanaannya. Ini adalah kerana tenaga pengajar yang dilatih telah menjadi kakitangan sumber bagi bidang yang berkaitan. Disamping itu, mutu kemahiran dan keyakinan tenaga pengajar dalam menyediakan latihan kemahiran kepada pelajar telah meningkat

 
 
           
Maklumat Terkini

Mutiara Kata

"Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah"- Jose Joaquin Olmedo
 
"Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang."- William J. Siegel

 
Pautan
Penafian:
Bahagian Latihan Dan Pembangunan Kerjaya (BLPK) tidak bertanggungjawab  terhadap sebarang kehilangan atau  kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman web ini.  

Bahagian Latihan Dan Pembangunan Kerjaya
Jabatan Pengajian Politeknik
Tingkat 10, Heritage Office Tower, Jalan SB Dagang, 43300 Seri Kembangan, Selangor
Tel: 03-89394245 : Faks: 03-89394247