|
Sejajar dengan aspirasi kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020, JPPKK perlu memastikan ia mempunyai tenaga pengajar yang mencukupi, kompeten dan berpengetahuan untuk melaksanakan pembangunan modal insan yang cemerlang di bidang-bidang yang relevan dengan program pengajian politeknik dan kolej komuniti masa kini.
Justeru itu PPPT DH29/32/34 yang berkelulusan diploma diberi peluang untuk meningkatkan potensi diri melalui program Peningkatan Akademik PPPT DH29/32/34.
- Program Pengajian Sepenuh Masa (Cuti Belajar Separuh Gaji); dan
- Program Pengajian Separuh Masa (Program Pendidikan Jarak Jauh-IPTA).
|