|
Program ini telah dilaksanakan sejak Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) berada di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dibawah pengelolaan Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dan Bahagian Biasiswa KPM. Program ini tetap diteruskan walaupun JPPKK telah berada dibawa ke Kementerian Pengajian Tinggi sejak tahun 2004.
Program ini juga merupakan salah satu laluan untuk mencapai sasaran yang dinyatakan dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) teras yang ke 6 iaitu Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) dengan memberikan peluang kepada tenaga pengajar untuk meningkat ilmu akademik secara sambilan.
|