SELAMAT DATANG   
Menu Utama
Utama
Mengenai Kami
Organisasi
Takwim Kursus
Takwim Operasi
Berita Terkini
Galeri Aktiviti
FAQs
 
Login Pengguna eSiS

 
Senarai Program
   
   
   
   
   
     

Cik Suriah Bt Mohamad
Penolong Pengarah





KURSUS KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL DAN PEMBANGUNAN ANDRAGOGI (KIPA)

Rasional

Sumber manusia merupakan aset terpenting sesebuah negara. Pendidikan merupakan agenda utama pembangunan modal insan negara. Justeru itu, warga pendidik  yang berkualiti akan mampu melahirkan dan memastikan para pelajar didikannya menjadi modal insan berkualiti dan bersifat dinamik.

Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) berpendapat bahawa semua tenaga pengajar di politeknik dan kolej komuniti perlu mempunyai Latihan Pengajaran dan Pembelajaran agar mereka mempunyai ciri-ciri insan pendidik yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran mengajar yang berkualiti, proaktif, berpandangan progresif dan saintifik bagi maksud kecemerlangan pendidikan yang setanding dengan institusi pengajian tinggi yang lain.

Program Latihan Pengajaran dan Pembelajaran ini akan meningkatkan kompetensi pensyarah  kerana ianya melibatkan aktiviti yang menyumbangkan kepada pertambahan ilmu, kemahiran dan pengalaman yang boleh meningkatkan profesionalisme pegawai dalam bidang pendidikan.

Perkhidmatan pendidikan sentiasa berdepan dengan persekitaran yang dinamik dan tuntutan pelanggan yang semakin tinggi. Sehubungan dengan itu, tenaga pengajar perlu mengamalkan budaya pembelajaran   supaya mampu bertindak secara proaktif dan berkesan.

 

 
 
           
Maklumat Terkini

Mutiara Kata

"Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah"- Jose Joaquin Olmedo
 
"Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang."- William J. Siegel

 
Pautan
Penafian:
Bahagian Latihan Dan Pembangunan Kerjaya (BLPK) tidak bertanggungjawab  terhadap sebarang kehilangan atau  kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman web ini.  

Bahagian Latihan Dan Pembangunan Kerjaya
Jabatan Pengajian Politeknik
Tingkat 10, Heritage Office Tower, Jalan SB Dagang, 43300 Seri Kembangan, Selangor
Tel: 03-89394245 : Faks: 03-89394247