|
Latihan Pendidikan untuk pensyarah politeknik dan kolej komuniti pada peringkat awal telah dilaksanakan di Maktab Perguruan dengan usahasama Bahagian Pendidikan Guru. Ketika itu sehingga Disember 2007, politeknik dan kolej komuniti menggunakan Skim Perkhidmatan Pendidikan sebagaimana yang digunapakai bagi guru-guru di sekolah.
Skim tersebut bersandarkan kepada Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 tahun 1996 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Kementerian Pelajaran Bil. 1 tahun 1987 . Pekeliling ini menjelaskan bahawa guru yang diambil bertugas dan dilantik ke Skim Perkhidmatan Pendidikan perlu mempunyai kelayakan ikhtisas perguruan bagi maksud lantikan tetap dalam perkhidmatan.
Pada tahun 2007 dan 2008, pensyarah baharu politeknik dan kolej komuniti telah mengikuti kursus Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah di tiga buah universiti iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris Shah (UPSI), Universiti Malaysia Sabah(UMS) dan Universiti Tun Hussein Onn (UTHM).
Berdasarkan kepada perubahan Skim Perkhidmatan, Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) tidak lagi diambil sebagai prasyarat lantikan tetap dan program ini sekali lagi mengalami perubahan sehingga membawa kepada keputusan penamatan pelaksanaannya.
|