e-SiS adalah singkatan daripada perkataan "Electronic Staff Information System". Ia dibangunkan untuk meningkatkan kecekapan pengurusan data maklumat staf Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (JPPKK). Ciri utama yang dimiliki oleh e-SiS ialah "web-based" iaitu kemudahan mengakses rekod menggunakan internet.
Berlandaskan moto "Whereever, Whenever, Whoever, Forever", e-SiS akan menghimpunkan semua maklumat staf JPPKK dalam pangkalan data tunggal di mana para pengguna akan menikmati kelebihan berikut:
i. Maklumat boleh dikemaskini secara 'real time'
ii. Maklumat boleh dilihat dengan telus oleh setiap staf
iii. Data boleh diakses secara global
iv. Paparan butiran peribadi yang amat terperinci
v. Informasi dihujung jari
e-SiS dilancarkan di Kota Bharu oleh Ketua Pengarah JPPKK, Yang Berbahagia Dato' Hj Imran bin Idris pada 14 Disember 2005. Idea e-SiS dicetuskan oleh mantan Pengarah Bahagian Latihan dan Kerjaya (BLK) iaitu En Mustafa bin Omar dan diurusetiakan oleh pegawai-pegawai dari BLK, JPPKK.