|
Semua PPPT yang berada di Kategori 1, 2, 3 dan 4 Skim PPPT dalam semua bidang perlu mengikuti kursus di bawah Program CPCM untuk meningkatkan softskill mereka dan juga profesionalisme kerjaya mereka.
Bertepatan dengan arahan Pekeliling Perkhidmatan Bil.6 Tahun 2005, Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam bahawa setiap anggota perkhidmatan awam perlu melengkapkan diri dengan sikap, kemahiran dan pengetahuan yang bersesuaian. Hasrat kerajaan ini diterjemahkan melalui pelaksanaan kursus dibawah Program CPCM.
Program CPCM ini akan meningkatkan softskill tenaga pengajar disamping kemahiran-kemahiran teknikal yang mereka ada yang dapat menyumbang kepada pertambahan ilmu, kemahiran dan pengalaman.
Perubahan teknologi yang dinamik diperingkat global sentiasa berlaku. Kursus-kursus yang disediakan kepada tenaga pengajar di bawah program ini secara tidak langsung telah memberi pendedahan, pengetahuan, dan kemahiran terkini untuk diberikan kepada para pelajar. |