| BERITA PENUH |
| Tajuk Berita : TAHNIAH, JPPKK MENJADI PEMENANG ANUGERAH GEKO 2009 (KATEGORI POTENTIAL ORGANISATION) |
Tahniah, JPPKK telah memenangi anugerah yang berprestij dari GEKO (Global Emerging Knowledge Organisation)
Tahun 2009 dengan menerima sebuah trophi dan sekeping sijil pada 11 Ogos 2009. Ketua Pengarah JPPKK, Yang
Berbahagia Dato` Hj Imran bin Idris telah menerima anugerah tersebut yang disampaikan oleh Timbalan Menteri
Pengajian Tinggi, Yang Berhormat Dato` Saifuddin Abdullah pada majlis penganugerahan GEKO di Berjaya Times
Square. JPPKK (Bahagian Latihan Dan Kerjaya - HOT PC Team khususnya) telah memenangi tempat pertama dalam
kategori Organisasi Berpotensi bagi Organisasi Kerajaan.Tempat kedua dimenangi oleh GiatMARA.
Sebanyak 27 syarikat dari sektor korporat dan perniagaan lain turut menerima anugerah termasuklah
SAJ Holdings Sdn Bhd, Malaysia Airport Holding Berhad, Ranhill Berhad, Petronas Management Training Sdn Bhd
dan Vads Business Process Sdn Bhd.
|
| Tarikh Makluman : 12/08/2009 |
| |
| Sebarang cadangan/komen/makluman, sila maklumkan kepada webmaster melalui email mohdsahran@mohe.gov.my. Harap maklum |
|